Yen ‘Hidup Semula’ Dengan Berakhirnya Kejatuhan Dua Bulan

by Irfan Saleh

Penyusutan dua bulan yen Jepun (JPY) dilihat sudah berakhir selepas pertumbuhan ekonomi yang melembap di China serta jangkaan kerosakan kepada ekonomi Amerika Syarikat (AS) berikutan kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) memperkukuhkan semula kelayakan JPY sebagai aset safe-haven, menurut ahli strategi mata wang.

Mata wang Jepun itu mengukuh 1.3% kepada kepada AS$128.34 pada hari Khamis, meneruskan pemulihan selepas merekodkan paras 131.35 berbanding dolar AS (USD), harga terendah dalam tempoh dua dekad. Apa yang menarik, pengukuhan tersebut berlaku walaupun USD melonjak berbanding hampir kesemua mata wang lain.

Pengurangan dalam hasil Perbendaharaan AS baru-baru ini telah membantu membayangi USD berbanding JPY, manakala status yen sebagai aset safe-haven dilihat kembali diiktiraf selepas jatuhnya saham syarikat AS. Kesemua itu membantu memacu yen, yang mana merupakan antara mata wang paling teruk terjejas tahun ini.

Australia & New Zealand Banking Group Ltd. (ANZ) berkata ia melihat pemulihan yen berlaku disebabkan jatuhnya hasil Perbendaharaan rentetan kelemahan pasaran saham AS, seterusnya menghilangkan pendorong utama kekuatan dolar. Barclays Securities Japan Ltd. pula berkata kejatuhan satu hala yen sudah berakhir manakala Shinkin Asset Management Co. berpendapatan JPY mungkin kembali ke sekitar 125 per USD.

Sentimen pasaran telah berubah sejak Dow memecahkan titik carta utama yang mengekalkannya dalam julat yang tinggi walaupun kenaikan kadar yang agresif oleh Fed,” kata Hiroyuki Machida, pengarah pertukaran asing dan jualan komoditi Jepun di ANZ Tokyo.” Pengubahsuaian dalam aset berisiko akhirnya berlaku dan hal itu membantu memacu pembelian yen dengan pasaran beralih kepada trend risk-off.”

Tinjauan yen juga semakin bertambah baik susulan pertumbuhan ekonomi global yang negatif termasuklah “situasi di Ukraine, impak kepada ekonomi AS berikutan kenaikan kadar yang agresif serta sekatan pergerakan di China,” kata Jun Kato, ketua penganalisis pasaran di Shinkin Asset Management di Tokyo. Kato turut menambah bahawa yen berkemungkinan berdagang pada julat 128 ke 133 per dolar buat masa ini sebelum pasaran menentukan hala tuju seterusnya, termasuklah mengukuh sehingga ke paras 125.

Terdapat banyak ruang untuk yen terus pulih. Mata wang tersebut masih lagi rendah lebih 10% berbanding dolar AS tahun ini hasil pendirian dovish Bank of Japan (BoJ) walaupun bank pusat utama laint telah mengetatkan dasar. Yen juga turut terkesan dengan kenaikan harga komoditi yang telah menjejaskan tinjauan ekonomi buat Jepun yang bergantung kepada import dan eksport.

Ketika ini, yen berdagang sekitar 128.60 sewaktu sesi dagangan pagi Jumaat.

Rujukan: Bloomberg

You may also like