AUD/USD Bakal Berdagang di Bawah 0.7000 Tidak Lama Lagi?

by Irfan Saleh

Dolar AS (USD) terus mengganas ketika ini dengan kejatuhan pasca FOMC terbukti berlaku sebentar sahaja. Ketika itu, AUD/USD merekodkan pembalikan untuk menguji moving average 100-hari (garisan merah) namun di situlah penjual berada dan kini kita melihat harga sedang menguji paras 0.7000 yang kali terakhir dilihat pada akhir Januari.

Paras 0.7000 adalah satu paras yang penting buat pasangan mata wang AUD/USD disebabkan pemecahan di bawah paras tersebut adalah satu pecahan berbentuk psikologi beserta teknikal. Daripada segi teknikal, tiada banyak halangan dalam haluan menuju ke rally pandemik iaitu paras 0.6757.

Reserve Bank of Australia secara perlahan dilihat semakin hawkish tapi dalam keadaan sekarang, mereka mungkin akan menaikkan kadar faedah secara berhemah berbanding Federal Reserve (Fed) yang dilihat akan terus bertindak agresif. Sehinggalah Fed melakukan perubahan pendirian dalam dasar monetari, USD dilihat akan kekal berkuasa.

Mengenai AUD/USD, paras 0.7000 wajar diberi tumpuan. Sekiranya pembeli boleh bertahan pada paras tersebut, ia berpotensi untuk melakukan pembalikan pada masa akan datang. Namun, apa yang pasti ia akan menjadi satu ujian yang besar disebabkan bulls terus membeli USD. AUD/USD dilihat hanya menunggu masa sahaja sebelum ia betul-betul berdagang di bawah 0.7000.

Rujukan: Forexlive

You may also like