Dolar AS Didorong Powell & Hasil Bon Tinggi; Yen Terjejas. Kemanakah Hala Tuju USD/JPY?

by Irfan Saleh

Topik Perbincangan: Dolar AS, USD/JPY, Yen, Perbendaharaan, Minyak Mentah, Emas

  • Dolar AS mengukuh hari ini selepas kejutan hawkish Fed
  • Indeks Nikkei mencatatkan kenaikan susulan kelemahan Yen
  • Hasil Perbendaharaan meningkat, memacu USD, menjejaskan JPY. Paras tinggi USD/JPY yang baru?

Dolar AS (USD) mendapat rangsangan daripada komen hawkish mengejut Presiden Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang turut memacu hasil pulangan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS). Bon 10-tahun naik 18 mata asas (0.18%) daripada paras tutup Jumaat lalu.

Keadaan kaedah faedah yang meningkat telah menjejaskan Yen Jepun dengan USD/JPY berdagang pada paras tinggi 6 tahun.

USD/JPY dan Pulangan Perbendaharaan AS 10-Tahun.

Pengerusi Fed Jerome Powell menyatakan beliau terbuka untuk melakukan kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas (0.5%) sekiranya keadaan memerlukan tindakan sedemikian. Isi utama dalam ucapan beliau adalah, “sekiranya kami merasakan sesuai untuk bertindak agresif dengan menaikkan kadar faedah lebih daripada 25 mata asas (0.25%) pada mesyuarat akan datang, kami akan melakukannya.”

Pasaran kini menetapkan sekitar tujuh kenaikan 25 mata asas dalam enam pertemuan lagi pada 2022, bermakna sekurang-kurangnya satu kenaikan 50 mata asas akan dilakukan.

Indeks Nikkei 225 Jepun mengukuh sekitar 1.4% di Asia berikutan kelemahan Yen yang memacu bursa berpaksikan eksport itu.

Minyak mentah meneruskan pendakian dengan West Texas Intermediate (WTI) berdagang di atas AS$114 setong manakala kontrak niaga hadapan minyak mentah Brent berharga lebih AS$118 setong. Emas tidak mencatatkan banyak perubahan dengan berdagang pada paras AS$1,927 per auns.

Analisis Teknikal USD/JPY

USD/JPY merekodkan dagangan tinggi 6-tahun pada hari ini dengan berdagang di atas 120.464. Pasangan matawang tersebut mempunyai ruang untuk bergerak ke paras tinggi Januari 2016 iaitu 121.689, satu paras potensi resistance.

Tidak mengejutkan, semua signal momentum ketika ini menunjukkan bullishness. Pemecahan di bawah purata bergerak mudah (simple moving average – SMA) 5 atau 10 hari akan menandakan hentian sebentar dalam indikator tersebut.

Mereka kini masing-masing berada di 119.259 dan 118.193 dan mungkin memberikan support apabila semakin hampir.

Rujukan: DailyFX

You may also like