Inflasi Eropah Dijangka Meningkat Lebih Pantas! Tekanan Kepada ECB?

by Irfan Saleh

Inflasi zon Euro diramalkan bakal meningkat lebih pantas sepanjang 2022 berbanding sebulan yang lalu, menurut ahli-ahli ekonomi yang ditinjau Reuters, sekaligus dilihat berpotensi memberi tekanan kepada Bank Pusat Eropah (ECB) untuk mengetatkan dasar monetari sejurus selepas berlalunya gelombang Covid-19 varian Omicron.

Untuk tempoh jangka pendek, virus itu kekal sebagai satu ketidaktentuan, dengan pelbagai ramalan pertumbuhan ekonomi dalam tinjauan pendapat pada 11-18 Januari manakala ramalan median untuk suku pertama ini dikurangkan kepada 0.5% daripada 0.7%.

Lebih dua pertiga ahli ekonomi berkata varian Omicron tidak akan memberi impak seburuk Delta berikutan sekatan ekonomi yang lebih sedikit.

Jangkaan inflasi tahun ini telah meningkat dalam tinjauan ketujuh berturut-turut dengan anggaran inflasi 4.1% pada suku pertama 2022 dan 3.7% untuk suku kedua tahun ini. Anggaran tersebut adalah jauh melebihi sasaran ECB sebanyak 2%.

Harga pengguna bagi tempoh tahunan mencecah paras 5%, tertinggi dalam rekod pada bulan lalu. Namun ECB tetap untuk kekal dengan dasar monetari sedia ada dengan pandangan bahawa tekanan harga akan reda pada tahun ini.

Setakat ini, tinjauan yang dilakukan menyokong pandangan tersebut dengan inflasi bakal jatuh ke paras 1.9% pada suku keempat sebelum stabil dengan purata di bawah 2.0% selepas itu.

Jadi hampir kesemua ahli ekonomi menjangkakan dasar kadar faedah untuk kekal sehingga tahun hadapan.

Rujukan: Reuters

You may also like