USD/CAD Meneruskan Harga Bearish Sebelum Terbitnya Data Jualan Runcit AS

by Irfan Saleh

USD/CAD dilihat sedang berada dalam haluan pembetulan dengan cetakan data dari Amerika Syarikat (AS) dijangka menunjukkan aktiviti ekonomi menjadi perlahan.

Laporan Jualan Runcit AS yang dijadualkan terbit pada malam ini dijangka menunjukkan bahawa perbelanjaan isi rumah adalah mendatar pada bulan Disember, manakala tinjauan Keyakinan Universiti Michigan dijangka mencerminkan pengurangan dalam sentimen pengguna, dan cetakan data yang mengecewakan mungkin menyebabkan USD/CAD terus berada dalam tekanan.

Hasilnya, USD/CAD berkemungkinan akan terus menyusut sebelum berlangsungnya mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) mengenai keputusan kadar faedah pada 26 Januari ini.

Laporan Sentimen Pengguna IG menunjukkan 75.89% pedagang sedang berada dalam posisi beli bersih USD/CAD, dengan nisbah pedagang beli kepada jual berada pada 3.15 ke 1.

Jumlah pedagang dalam posisi beli bersih adalah 13.09% lebih tinggi dari semalam dan 58.75% lebih banyak dari minggu lalu. Lonjakan dalam penambahan posisi belian ini telah mendorong sentimen runcit dikala kadar pertukaran baru sahaja mencecah paras rendah baru bulanan (1.2453).

Namun, perlu diingatkan bahawa kejatuhan dari paras tinggi Disember (1.2964) mungkin hanyalah sekadar pembetulan dalam trend yang lebih luas dengan FOMC dilihat akan melaksanakan kadar faedah yang lebih tinggi pada 2022. Price action pula melihat kepada kemungkinan skop kejatuhan dalam kadar pertukaran apabila ia meneruskan siri-siri lower highs dan lows dari awal minggu ini.

[DailyFX]

You may also like