Presiden Fed Atlanta: Mac Adalah Waktu Yang Sesuai Untuk Naikkan Kadar Faedah

by Irfan Saleh

Presiden Federal Reserve (Fed) Raphael Bostic dalam satu temubual bersama Reuters menyatakan bahawa bulan Mac adalah tarikh yang sesuai untuk menaikkan kadar faedah sekiranya ekonomi kekal dalam keadaan sedia ada.

Berapa isi penting daripada temubual tersebut:

  • Melihat sekurang-kurangnya tiga kenaikan kadar faedah tahun ini
  • Mac adalah waktu yang sesuai untuk memulakan proses tersebut, proses “runoff” untuk penyata imbangan akan bermula “sejurus selepas itu”
  • Terdapat risiko inflasi akan meninggi buat satu tempoh masa yang panjang
  • Fed perlu bertindak secara langsung, jelas dan agresif
  • Pengurangan portfolio pinjaman daripada penyata imbangan yang pantas diperlukan
  • Proses penuh penyata imbangan perlu disasar untuk selesai dalam “beberapa tahun”

Mengapa Fed mahu meningkatkan kadar faedah tahun ini. Hal ini adalah untuk mengekang tekanan lonjakan inflasi berikutan pemulihan ekonomi pasca sekatan pergerakan. Kebimbangan Fed adalah mereka mungkin berhadapan dengan risiko stagflasi ataupun hiperinflasi.

Dalam perdagangan matawang, apabila bank pusat sesebuah negara menaikkan kadar faedah, maka secara amnya apa yang berlaku adalah matawang akan mengukuh. Sebaliknya, matawang akan melemah sekiranya kadar faedah diturunkan.

Rujukan: Forexlive

You may also like