EUR/GBP Bakal Menyusut Pada Separuh Pertama 2022?

by Irfan Saleh

Menurut laporan ING, EUR/GBP berkemungkinan melemah pada separuh pertama tahun 2022 atas faktor:

  • Keputusan kerajaan United Kingdom (UK) untuk mengharungi gelombangan Omicron tanpa sebarang sekatan signifikan kepada rakyat dilihat membawa kesan positif daripada para pelabur. Rasionalnya adalah ekonomi terbuka dan harga tenaga yang tinggi akan mengekalkan risiko bahawa Bank of England (BoE) mengetatkan dasar monetari pada bulan Februari seperti dalam jangkaan.
  • Inflasi UK mungkin hanya akan memuncak sehingga paras 6% pada April – berbanding inflasi Zon Euro yang mungkin memuncak sekitar sekarang.
  • ING berpendapat bahawa EUR/GBP berkemungkinan akan menguji paras 0.8275/85 serta berpotensi berdagang menghampiri 0.8200 dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Berdasarkan carta EUR/GBP tanpa mempertimbangkan perkara lain pula, paras 0.83 adalah merupakan nombor bulat yang dianggap sebagai satu paras support resistance (SNR) yang kukuh. Boleh perhatikan paras ini jika GBP terus menunjukkan pengukuhan.

Paras 0.83 wajar diperhatikan?

You may also like