AMD Sasar Nilai Saham AS$200 Selepas Mengumumkan Kerjasama Bersama Meta

by Irfan Saleh

Saham AMD mengukuh lebih 12% pada hari ini untuk berdagang pada nilai harga AS$152.24 sesaham selepas syarikat pengeluar cip itu mengumumkan ia telah memenangi hak kerjasama bersama Meta, yang dahulunya dikenali sebagai Facebook.

AMD & Meta

Kerjasama Advanced Micro Devices Inc. atau AMD bersama gergasi media sosial dan metaverse itu menyaksikan saham AMD melonjak. AMD akan menjadi pembekal cip kepada Meta dengan syarikat itu merancang untuk membuat peranti perkakasan metaverse.

Kejayaan AMD mendapatkan perjanjian bersama Meta memberikannya kelebihan berbanding pesaing lain seperti Qualcomm, Nvidia dan Intel. Syarikat itu juga melancarkan beberapa cip baru sewaktu ucaptama Accelerated Data Center Premiere.

Nilai AMD Mungkin Terus Melonjak Dalam Minggu Mendatang

AMD dilihat mampu melonjak ke arah AS$200 sesaham sebelum akhir tahun ini lebih-lebih lagi syarikat itu kini dalam proses mengambil bahagian pasaran pesaing Intel sebagai pembekal perkhidmatan pengkomputeran awan apabila Google, Amazon dan Microsoft kini membeli cip daripada AMD.

Sumber: FXEmpire

Setakat tahun ini, saham AMD telah mengukuh 66.70%, jauh mengatasi Intel yang hanya sekadar meningkat kurang daripada 6% pada tempoh yang sama. AMD dilihat mempunyai momentum dan permintaan yang kukuh daripada pelabur untuk mencecah nilai saham AS$200 pada akhir tahun ini.

Rujukan:
1) Yahoo Finance

You may also like