Moderna & BioNTech Hilang AS$60 Bilion Nilai Syarikat Dalam Tempoh Dua Hari

by Irfan Saleh

Moderna Inc. dan BioNTech SE, dua syarikat pembuat vaksin COVID-19 utama di dunia, susut buat hari kedua berturut-turut, hilang sekitar AS$60 bilion kumulatif dalam nilai pasaran.

Penyusutan terus berlaku pada hari Rabu dengan Moderna ditutup rendah 16% dan BioNTech ditutup rendah 14%. Saham kedua-dua syarikat masing-masing telah melonjak lebih 360% pada tahun ini sehinggalah Isnin minggu ini, apabila kedua-duanya merekodkan harga penutupan yang tertinggi.

Wall Street berbelah bahagi dengan harga saham syarikat tersebut yang terlalu tinggi, dengan lebih banyak penganalisa menggredkan saham tersebut sebagai “tunggu” berbanding mengesyorkan pelabur untuk membelinya.

Penganalisa Bank of America Corp. Geoff Meacham menyimpulkan pandangan “bearish” terhadap Moderna pada hari Isnin apabila beliau menyatakan penilaian syarikat bioteknologi itu sebagai “tidak masuk akal” dengan saham Moderna menghampiri AS$200 bilion dalam permodalan pasaran.

Namun bukan saham Moderna dan BioNTech sahaja yang jatuh. Saham Pfizer Inc. yang berpusat di Jerman turut susut 3.9% pada hari Rabu daripada paras tertinggi dalam rekod.

[Bloomberg]

You may also like