Apple Mencatatkan Keuntungan Hampir Sekali Ganda Susulan Lonjakan Jualan iPhone; Saham Syarikat Walaubagaimanapun Menyusut

by Irfan Saleh

Apple Inc. baru sahaja mencatatkan suku tahunan yang berakhir pada bulan Jun yang terkuat sepanjang sejarah syarikat tersebut, dengan keuntungan meningkat hampir sekali ganda dipacu oleh peningkatan jualan iPhone. Saham Apple walaubagaimanapun, menyusut lewat sesi dagangan semalam selepas syarikat itu mengunjurkan pertumbuhan yang lebih perlahan untuk tempoh semasa.

Apple merekodkan pendapatan bersih fiskal suku ketiga sebanyak AS$21.74 bilion, atau AS$1.30 sesaham, meningkat daripada AS$11.25 bilion, atau AS$0.65 sen pada setahun yang lalu. Penganalisa yang dijejak oleh FactSet menjangkakan pendapatan per saham sebanyak AS$1.01.

Pendapatan suku tahunan Apple meningkat kepada AS$81.43 bilion daripada AS$58.69 bilion. Kejutan positif terbesar hadir daripada segmen iPhone apabila menjangkau jangkaan pendapatan dengan lebih daripada AS$5 bilion.

Pendapatan daripada segmen iPhone adalah sebanyak AS$39.57 bilion in iPhone revenue, meningkat daripada AS$26.42 billion pada setahun yang lalu dan jauh melebihi konsensus FactSet yang meramalkan pendapatan sebanyak AS$34.19 bilion.

Apple menjangkakan pertumbuhan pendapatan “dua digit yang sangat kukuh” tahun ke tahun pada suku September, walaupun bukanlah pada kadar setinggi 36% yang dilihat semasa suku Jun, menurut Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Luca Maestri. Syarikat tersebut menjangkakan impak yang kurang positif daripada pertukaran asing, kembalinya kepada pertumbuhan “tipikal” perniagaan perkhidmatan, dan kesan yang lebih hebat daripada kekangan bekalan relatif kepada suku Jun.

Susulan ramalan suku September yang lebih perlahan daripada suku Jun, saham Apple didagang rendah 2.2% selepas sesi dagangan semalam.

Apple turut melihat prestasi memberangsangkan daripada perniagaan iPad dan Mac rentetan peningkatan permintaan gajet tersebut apabila lebih ramai orang bekerja dari rumah ketika pendemik coronavirus ini. Apple menjana AS$8.24 bilion pendapatan daripada Mac dan AS$7.37 bilion daripada iPad untuk suku Jun, masing-masing meningkat daripada AS$7.08 bilion dan AS$6.59 bilion pada setahun yang lalu.

Tahun ini saham Apple telah mencatatkan peningkatan melebihi 10% manakala untuk Dow Jones Industrial Average (DJIA) pula – yang mana Apple merupakan salah satu komponen – telah mengukuh lebih 14%.

[Market Watch]

You may also like