Harga Minyak Stabil Berhampiran $66 Setong Dengan Pelabur Menilai Tinjauan Permintaan Jangka Pendek

by Irfan Saleh

Harga minyak stabil sewaktu sesi awal dagangan Asia dengan para pelabur menilai petanda permintaan Amerika Syarikat yang semakin bertambah baik berbanding prospek adanya lebih banyak banyak bekalan minyak mentah dari Iran sekiranya perjanjian nuklear berjaya dimeterai.

Niaga hadapan di New York berdagang berhampiran $66 setong pada Rabu. Laporan industri AS menunjukkan simpanan minyak mentah dan petrol jatuh pada minggu lalu. Rundingan antara Iran dan kuasa dunia diteruskan di Vienna bagi menyelesaikan isu perjanjian nuklear, seterusnya berkemungkinan membawa kepada pengangkatan sekatan terhadap pengeluar OPEC itu.

Harga minyak telah mengukuh lebih 35% pada tahun ini selepas pemulihan yang kukuh oleh AS, China dan Eropah daripada pandemik telah memacu pemulihan dalam penggunaan minyak mentah.

Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan simpanan petrol telah berkurang hampir 2 juta tong pada minggu lalu, manakala simpanan minyak mentah berkurang sebanyak 439,000. Data rasmi kerajaan akan dikeluarkan lewat Rabu.

[Bloomberg]

You may also like