Matawang yang Paling Banyak Didagangkan di Dunia

by Irfan Saleh

Setakat April 2019, 88% daripada kesemua perdagangan matawang dunia adalah di antara matawang dolar AS (USD) yang dipasangkan dengan matawang lain. Mengapa USD? Ini adalah kerana USD adalah merupakan matawang simpanan dunia, dimiliki oleh hampir kesemua bank pusat dunia dan entiti pelaburan. Kebanyakan transaksi antarabangsa juga menggunakan dolar AS.

Matawang kedua yang paling banyak didagangkan adalah euro sebanyak 32%, sedikit meningkat dari tahun 2016. Yen Jepun adalah yang ketiga pada tahun 2019, sebanyak 17%. Carta di bawah menunjukkan lapan matawang yang paling banyak didagangkan beserta peratusan mereka. Peratusan ini berjumlah 200% disebabkan matawang didagangkan secara berpasangan.

Bagi pasangan matawang yang paling banyak didagangkan di dunia, setakat April 2019, takhta tersebut dipegang oleh pasangan matawang EUR/USD yang didagangkan sebanyak 24% daripada jumlah perdagangan harian dalam pasaran matawang asing. Tidak hairanlah memandangkan Amerika Syarikat dan pasaran tunggal Eropah adalah dua ekonomi terbesar di dunia. Dan jumlah dagangan yang tinggi menyebabkan EUR/USD mempunyai “spread” yang paling kecil berbanding pasangan matawang yang lain.

Nota:
1) “Spread” adalah merupakan perbezaan harga jual dan harga beli.
2) EUR/USD turut dianggap sebagai penanda aras dalam membandingkan “spread” antara broker-broker perdagangan matawang online.

Rujukan:
1) The Balance
2) Investopedia
3) Bank of International Settlements

You may also like