Apa itu Eurozone?

by Irfan Saleh

Dalam Kesatuan Eropah (EU), terdapat satu kawasan yang dipanggil sebagai eurozone / euro area atau zon euro / kawasan euro. Eurozone adalah merupakan kawasan geografi dan ekonomi yang merangkumi kesemua negara dalam EU yang menggunapakai matawang euro sebagai matawang negara mereka.

Terdapat 27 buah negara yang membentuk EU ketika ini. Daripada jumlah tersebut, 19 buah negara mengambil keputusan menggunakan matawang euro, seterusnya membentuk zon euro iaitu:

  1. Austria
  2. Belanda
  3. Belgium
  4. Cyprus
  5. Estonia
  6. Finland
  7. Greece
  8. Ireland
  9. Itali
  10. Jerman
  11. Latvia
  12. Lithuania
  13. Luxembourg
  14. Malta
  15. Perancis
  16. Portugal
  17. Sepanyol
  18. Slovakia
  19. Slovenia

Peta Eurozone. Sumber: Jean Michel Cornu / Sebastian Casteran / AFP

Lebihan 8 negara yang tidak menggunakan matawang euro, sebaliknya menggunapakai matawang mereka sendiri adalah:

  1. Bulgaria
  2. Croatia
  3. Czech Republic
  4. Denmark
  5. Hungary
  6. Poland
  7. Romania
  8. Sweden

Namun, selain daripada 19 negara yang disebutkan tadi, ada juga negara yang menggunakan euro sebagai matawang mereka tetapi tidak dianggap sebagai sebahagian daripada ahli zon euro disebabkan ianya adalah terlalu kecil (microstate).

Terdapat empat negara yang memenuhi kriteria tersebut iaitu:

  1. Monaco
  2. Andorra
  3. San Marino
  4. Vatican City

Pada tanggal 31 Januari 2020, United Kingdom (U.K.) merupakan negara pertama yang mengambil keputusan untuk keluar dari EU dalam satu langkah yang dinamakan sebagai Brexit.

Memahami Eurozone

Zon euro adalah merupakan salah satu kawasan ekonomi yang terbesar di dunia dan matawang euro, dianggap sebagai salah satu matawang yang paling cair apabila dibandingkan dengan matawang lain. Ia merupakan matawang kedua terbesar dan kedua terbanyak didagangkan dalam pasaran pertukaran asing selepas dolar Amerika.

Mengawalselia euro dan juga dasar kewangan zon euro adalah European Central Bank (ECB), yang ditadbir oleh seorang presiden dan lembaga yang terdiri daripada ketua bank-bank pusat negara anggota zon euro.

Sejarah Eurozone

Pada 1992, negara-negara yang membentuk Komuniti Eropah (EC) telah memeterai Perjanjian Maastricht, seterusnya membentuk EU. Penciptaan EU ini memberi kesan besar dalam beberapa bidang – secara dasarnya ia menggalakkan koordinasi dan kerjasama yang lebih erat dalam dasar, namun ia mempunyai kesan spesifik terhadap kewarganegaraan, dasar pertahanan dan keselamatan, dan dasar ekonomi.

Berkaitan dasar ekonomi, Perjanjian Maastricht bermatlamat untuk mewujudkan kesatuan ekonomi dan monetari yang sama, maka tertubuhlah sistem perbankan pusat (ECB) dan juga matawang tunggal (euro).

Untuk melakukan perkara ini, perjanjian ini menggesa pergerakan bebas antara negara anggota zon euro, yang kemudiannya menghasilkan kerjasama yang lebih erat antara bank pusat dan meningkatkan keselarian dalam dasar ekonomi negara anggota. Langkah terakhir adalah memperkenalkan matawang euro, selain daripada melaksanakan dasar monetari tunggal daripada ECB.

Rujukan:
1) Investopedia
2) European Commission
3) Edn Hub
4) Wikipedia

You may also like