Kelebihan Berdagang di Pasaran Forex

by Irfan Saleh

Mengapa berdagang forex? Apa istimewanya pasaran forex ini berbanding pasaran kewangan lain yang ada di dunia ini?

Artikel ini akan menjelaskan kepada anda beberapa kelebihan dan faktor yang ada pada pasaran forex sehingga menyebabkan begitu ramai orang mahu melakukan perdagangang forex. Sejak forex dibuka kepada pedagang runcit (retail trader) pada tahun 90-an, populariti pasaran ini berbanding pasaran lain adalah sangat luar biasa. Sebelum itu, perdagangan forex atau matawang ini hanya terhad kepada institusi kewangan yang besar sahaja.

Sebelum kita mendalami kelebihan berdagang di pasaran forex, anda perlu jelas mengenai satu perkara ini. Semua pasaran, tidak kisahlah sama ia mengenai hartanah, saham, option, ekuiti swasta mahupun forex itu sendiri, kesemuanya adalah untuk mendapatkan keuntungan. Bezanya adalah anda akan menghadapi tahap risiko yang berbeza-beza.

Berikut adalah antara beberapa faktor kelebihan berdagang forex:

1) Leverage Tinggi

Kelebihan utama pasaran forex adalah leverage yang tinggi.  Leverage adalah bantuan yang diberikan oleh broker pilihan anda yang membenarkan anda untuk melakukan transaksi dagangan yang jauh lebih tinggi daripada modal anda. Terdapat broker yang menawarkan leverage sehingga setinggi 1:1000, jadi ini bermakna anda boleh melakukan transaksi 1000x ganda lebih tinggi daripada nilai akaun anda!

Sebagai contoh, dengan akaun bernilai $1,000 USD, anda boleh membuat perdagangan yang bernilai $50,000 USD, $100,000 USD malah sehingga $1,000,000 USD bergantung kepada leverage anda.

Baca mengenai
leverage di sini.

Walaubagaimanapun, leverage yang tinggi juga boleh memudaratkan anda. Sebab itu ia dianggap sebagai pedang dua mata disebabkan ia boleh memberikan anda keuntungan DAN kerugian yang berlipat kali ganda. Kalau anda boleh untung sehingga $1,000 USD, maka anda juga boleh rugi sehingga $1,000 USD untuk satu posisi.

Satu perkara yang anda perlu maklum, leverage adalah bantuan, bukan pinjaman. Walaupun dalam terma ekonomi, leverage lazimnya dikaitkan dengan pinjaman, namun dalam forex, ianya bukan pinjaman disebabkan kita tidak perlu membayar apa-apa kepada broker. Semuanya adalah bantuan daripada broker.

2) Kos Pembukaan Akaun yang Rendah

Kelebihan pasaran forex yang kedua adalah kos yang rendah untuk membuka akaun. Di Malaysia, terdapat sesetengah broker yang membolehkan anda untuk membuka akaun trading hanya dengan nilai serendah $10 USD atau sekitar RM40. Tidak memerlukan modal permulaan yang tinggi, sangat murah dan boleh dilakukan hampir semua orang.

3) Kos Transaksi yang Rendah

Selain daripada kos pembukaan akaun yang rendah, pasaran forex juga mempunyai kos transaksi yang rendah. Kos transaksi di dalam forex dikenali sebagai spread yang merupakan perbezaan harga ask dan harga bid. Lebih rendah spread anda, lebih cepat anda akan mendapatkan keuntungan.

Baca
mengenai ask dan bid di sini.
Baca mengenai
spread pula di sini.

Kebiasaannya di dalam forex trading, akaun dengan spread yang paling rendah dikenali sebagai ECN (Electronic Communication Network). Ia mungkin berbeza mengikut broker.

4) Pergerakan Intermarket Menjadikan Pasaran Forex Terus Relevan

Pada tahun 2013, pasaran saham yang paling hangat di dunia adalah Nikkei 225 iaitu pasaran saham Jepun. Berikutan dasar monetari yang agresif oleh Perdana Menteri Jepun dan Bank Pusat Jepun, Nikkei 225 mendapat pulangan sebanyak 57% pada tahun tersebut. Disebabkan pasaran-pasaran kewangan di dunia berkait antara satu sama lain, tidak hairanlah apabila pada tahun yang sama, matawang JPY merupakan salah satu matawang dengan prestasi terbaik.

Sumber: Dailyfx

5) Pasaran 24 Jam

Tiada istilah menunggu waktu pembukaan pasaran forex dibuka kerana pasaran forex tidak pernah berhenti! Dari hari Isnin sehingga Jumaat, anda boleh berdagang sebanyak mana yang anda mahukan.

Kenapa pasaran forex boleh aktif selama 24 jam untuk 5 hari seminggu tidak seperti pasaran kewangan lain? Ini kerana pasaran forex mempunyai empat waktu dagangan yang saling bertindih antara satu sama lain. Bermula dengan waktu dagangan Sydney, ia akan berterusan dan bertindih dengan waktu dagangan Jepun, London dan akhirnya Amerika Syarikat. Disebabkan keempat-empat pasaran ini mempunyai masa yang berlainan, secara keseluruhannya ia memberikan anda 24 jam untuk melakukan perdagangan.

Baca
mengenai empat waktu dagangan utama di sini.

6) Kecairan yang Tinggi

Disebabkan pasaran forex adalah sangat besar, ia juga bererti bahawa ia adalah sangat cair (liquid).

Anda tidak akan pernah “tersangkut” dalam sesuatu perdagangan. Kecairan yang tinggilah yang akan menggerakkan trade anda dengan pantas. Kalau kecairan rendah, anda terpaksa menunggu waktu yang lama hanya untuk melihat sama ada anda profit ataupun loss.

Itulah sebahagian daripada kelebihan berdagang forex berbanding pasaran kewangan yang lain. Selamat berdagang!

Rujukan:
1) Dailyfx
2) Babypips

You may also like

Leave a Comment