Bursa Saham Terbesar Di Dunia

by Irfan Saleh

Pernah mendengar perkataan bursa saham (stock exchange)? Mengikut definisi, bursa saham adalah pasaran yang dikawalselia yang menghubungkan pembeli dan penjual saham atau sekuriti-sekuriti yang lain seperti bon. Senang cerita, kalau anda berminat untuk trade saham, ia mestilah dilakukan melalui bursa saham.

Saham-saham disenaraikan di bursa saham melalui Tawaran Awam Permulaan atau Initial Public Offering (IPO). Apabila telah disenaraikan, ia membenarkan syarikat swasta untuk mendapatkan modal untuk membantu menyokong pelan perniagaan mereka. Mereka juga kemudiannya boleh mengeluarkan lebih banyak saham atau sekuriti kewangan yang lain untuk mendapatkan lebih banyak modal.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai IPO, anda boleh baca di sini.

Bursa saham juga akan memastikan kecairan saham yang disenaraikan. Lebih besar sesuatu bursa saham tersebut, lebih besar pendedahannya dan kecairan yang ditawarkan.

Kebanyakan negara mempunyai bursa saham mereka yang tersendiri. Di Malaysia misalnya, bursa saham Malaysia dikenali sebagai FTSE Bursa Malaysia KLCI atau FBM KCLI atau juga dikenali sebagai Bursa Malaysia. Sebelum ini, ia dipanggil sebagai Kuala Lumpur Stock Exchange.

Sekejap. Apa itu FTSE? Apa pula KLCI? Kita akan mengkaji perihal dua terma ini pada artikel akan datang.

Nota:
1) FTSE = Financial Times Stock Exchange
2) KLCI = Kuala Lumpur Composite Index atau Komposit Indeks Kuala Lumpur

Jadi, mari kita lihat apakah 10 bursa saham terbesar di dunia berdasarkan permodalan pasaran (market capitalization) setakat Mei 2019. Data diambil daripada laman web Statista.

  1. New York Stock Exchange (NYSE), Amerika Syarikat
  2. NASDAQ, Amerika Syarikat
  3. Japan Exchange Group
  4. Shanghai Stock Exchange, China
  5. Hong Kong Exchanges
  6. Euronext Europe
  7. London Stock Exchange Group, UK dan Itali
  8. Shenzen Stock Exchange, China
  9. TMX Group, Kanada
  10. Bombay Stock Exchange, India

Nota: Permodalan pasaran atau market capitalization adalah nilai sesebuah syarikat. Ia juga dipanggil sebagai market cap. Nilai di bursa saham yang ditunjukkan adalah nilai keseluruhan syarikat yang ada di dalamnya.

Sebagai perbandingan, setakat Disember 2019, Bursa Malaysia mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM7.92 billion sahaja.

Rujukan:
1) Statista
2) Majalah Labur
3) Trade Brains
4) Berita Harian
5) ValueWalk

You may also like