5 Kesilapan Umum yang Biasa Dilakukan Trader Baru

by Irfan Saleh

Berdagang matawang atau forex trading sememangnya merupakan satu instrumen yang mampu menjana pendapatan yang banyak untuk diri anda.

Siapa je yang tidak teruja untuk berdagang forex apabila mengetahui boleh mendapat pulangan yang banyak?

Dan sekiranya anda mampu profit secara konsisten, menikmati kehidupan bebas kewangan sememangnya boleh dicapai. Namun perlu diingatkan, forex trading bukanlah satu perkara yang mudah, dan sebagai trader baru, anda perlu berhati-hati dengan lima perkara yang akan dikongsikan ini:

1. Trading Tanpa Perancangan atau Tanpa Menggunakan Jurnal

Bagi trader-trader baru, kebiasaannya, dalam usaha untuk mendapatkan sebanyak mungkin peluang profit dalam trading, terdapat kemungkinan anda akan menjadi begitu taksub dengan perasaan anda sehinggakan anda terlupa apa yang sepatutnya anda lakukan.

Jika perkara ini berlaku, anda boleh diibaratkan seperti memandu tanpa tujuan. Tidak tahu apa sebenarnya yang anda mahu capai. Lebih malang jika berlakunya kemalangan.

Dengan duit daripada usaha penat lelah anda yang anda telah laburkan, adakah anda mahu kehilangan fokus ketika trading? Semestinya tidak.

Oleh itu, untuk membantu anda mencapai matlamat anda, iaitu menjadi trader yang mampu mendapat keuntungan secara konsisten, anda memerlukan pelan trading dan juga jurnal dagangan forex.

Paling kurang pun cukuplah sekadar garis panduan untuk anda entry dan exit serta peraturan pengurusan risiko. Ia perlu ditulis di tempat yang anda boleh lihat, rekod dan kaji semula.

Barulah anda sentiasa jelas mengenai yang anda mahu capai di dalam perdagangan matawang ini.

2. Tidak Meletakkan Stop-Loss

Tiada siapa yang sukakan kerugian. Jadi bila kita tidak mahukan kerugian, buat apa nak letak stop loss kan? Kalau floating sekalipun, “confirm” posisi tu akan “reverse” seterusnya anda akan profit.

Persoalannya, adakah akaun anda mampu bertahan? Adakah anda mempunyai puluhan ribu deposit di dalam akaun anda yang membolehkan anda yakin bahawa posisi anda dapat bertahan daripada floating yang berlaku? Kalau jadi seperti ketika Pilihan Raya Umum United Kingdom pada 12 Disember bagaimana? Boleh tahan kalau floating hampir 400 pips?

Tanpa stop loss, kemungkinan besar akaun anda akan lost kesemua wang yang anda ada. Realitinya, anda tidak akan sentiasa mendapat trade yang sempurna. Dan itu adalah perkara normal. Tapi anda memerlukan stop loss, supaya anda dapat pastikan akaun anda terus hidup dan mampu berjuang di hari lain.

Berbanding daripada trade yang mampu memusnahkan akaun anda, apa yang anda akan hadapi hanyalah kerugian kecil, mampu diurus dan mampu dikembalikan.

3.Trading Secara Balas Dendam

Trading sebegini sinonim apabila anda gagal mengawal emosi ketika berlakunya trade yang merugikan, seterusnya anda terus mencuba untuk mendapat semula kerugian tersebut secara agresif.

Lazimnya, trade balas dengan ini dilakukan dengan menghentak lot. Dalam erti kata lain, trade anda ini mempunyai dua kali ganda, malah kemungkinan tiga kali ganda atau lebih saiz lot berbanding posisi rugi sebelumnya. Pedagang yang melakukan sebegini berharap akaun tersebut akan kembali menjadi positif dengan kadar sepantas kilat. Dalam perjudian, mereka memanggil perbuatan sebegini sebagai “doubling up.”

Walaupun sukar, namun perkara terbaik anda boleh lakukan adalah menerima kerugian tersebut dan jangan biarkan diri anda dikaburi oleh ego. Daripada anda berdagang sedemikian rupa, lebih baik anda tumpukan usaha dan tenaga anda untuk menganalisis dimanakah kesilapan dan apa yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan trade yang lebih baik pada masa hadapan.

4. Membiarkan Posisi Kerugian Berterusan

Antara kesilapan yang biasa dilakukan trader baru adalah membiarkan trade mereka yang sedang rugi untuk terus bergerak berbanding daripada memotong kerugian tersebut pada waktu yang lebih awal.

Anda mungkin berfikir “Tidak mengapa, dah letak stop loss ni ok dah tu,” sementara berharap bahawa pasaran akan berpusing dan bergerak ke arah yang anda inginkan.

Masalah mengenai mentaliti sebegini adalah, walaupun anda sudah mengenal pasti paras akhir kerugian anda, anda mungkin kehilangan peluang untuk memasuki trade lain berdasarkan isyarat-isyarat daripada pasaran,

Hal ini boleh hadir dalam bentuk laporan ekonomi yang baru dikeluarkan atau dalam bentuk candlestick pattern yang mampu menyebabkan harga akan terus bergerak jauh daripada ramalan anda.

Contoh, anda sedang buy, namun pasaran jatuh. Laporan ekonomi akan datang menunjukkan bahawa harga akan terus jatuh. Sekiranya anda cut awal, anda bolehlah untuk memasuki posisi sell berbanding menunggu harga untuk mengenai paras stop loss.

5. Mempunyai Jangkaan Yang Tidak Realisitik

Mempunyai matlamat dalam trading membantu anda untuk kekal bersemangat dan bermotivasi. Tanpanya, bagaimana anda mahu mengekalkan tahap terbaik trading anda?

Tapi, adalah penting untuk anda memastikan bahawa jangkaan tersebut adalah realisitik.

Membuat ratusan pips setiap hari bunyinya sangat menarik, tetapi adakah anda mampu melakukannya? Jika boleh sekalipun, bolehkah anda melakukannya secara konsisten?

Dengan jangkaan sebegitu rupa, anda hanya memberi kekecewaan kepada diri anda anda gagal mencapai sasaran sebegitu rupa.

Apa yang penting adalah anda meletakkan jangkaan dan matlamat yang realisitik, dan pada masa yang sama turut mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk membolehkan anda mencapai matlamat tersebut.

Sekiranya anda ada membuat kesalahan-kesalahan yang dibincangkan sebentar tadi, jangan khuatir dan bimbang, itu tidak bermakna anda telah gagal.

Dengan mengakui kesilapan anda, anda sebenarnya sudah pun maju satu langkah ke hadapan dalam menjadi trader yang lebih baik. Sekarang adalah masa untuk belajar daripada kesilapan tersebut dan menjadi trader yang lebih baik. Semoga berjaya!

You may also like